Peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta (Soalan Umum)
1. Kalau ingin sertai pertandingan ini, dimanakah saya boleh dapatkan PETRONAS Sprinta?
Anda boleh dapatkan di:
1. Stesen PETRONAS
2. Bengkel sah berdaftar PETRONAS
3. Kedai rasmi PETRONAS Mesra di Shopee Malaysia
2. Bengkel atau stesen PETRONAS manakah yang terlibat dengan peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
Peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta melibatkan semua stesen PETRONAS,
bengkel sah berdaftar PETRONAS dan Kedai PETRONAS MESRA Shopee di seluruh negara.
• Catatan: Untuk sebarang pertanyaan mengenai bengkel sah berdaftar PETRONAS berdekatan
dengan anda, sila e-mel
mesralink@petronas.com
3. Apakah jenis -jenis PETRONAS Sprinta yang terlibat dalam peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
1. PETRONAS SPRINTA F900 1L 10W-50 (Sintetik Penuh)
2. PETRONAS SPRINTA F900 1L 10W-40 (Sintetik Penuh)
3. PETRONAS SPRINTA F700 1L 15W-50 (Semi Sintetik)
4. PETRONAS SPRINTA F700 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
5. PETRONAS SPRINTA F500 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
6. PETRONAS SPRINTA F300 1L 15W-40 (Mineral)
7. PETRONAS SPRINTA F300 1L 20W-40 (Mineral)
8. PETRONAS SPRINTA F100 SAE40 (Mineral)
9. PETRONAS SPRINTA T500 1L (Semi Sintetik)
10. PETRONAS SPRINTA T300 1L (Mineral)
11. PETRONAS SPRINTA A700 1L 10W-40 (Semi Sintetik)
12. PETRONAS SPRINTA A300 1L 10W-40 (Mineral)
4. Apakah tempoh peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
Bermula dari 1 Disember 2020 sehingga 31 Mac 2021
5. Bilakah tarikh pengumuman pemenang hadiah utama, hadiah kedua dan hadiah ketiga peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
Pemenang hadiah utama, hadiah kedua dan ketiga akan diumumkan setelah tamat tempoh peraduan. Pengumuman akan dibuat melalui laman rasmi Instagram
@PETRONASmotorsports dan Facebook
@PETRONASSprinta
6. Apakah langkah-langkah untuk menyertai peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
Langkah-langkah menyertai peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta (Hadiah Utama, Kedua dan Ketiga) adalah seperti berikut;
1. Beli minimum RM30 PETRONAS Sprinta 1L dalam 1 resit pembelian
2. Imbas QR Code yang tertera pada bahan hebahan (Poster & Tent Card) atau layari
www.pengejarimpian.com
3. Isi butiran peribadi, lengkapkan e-borang dan muat naik resit pembelian sebagai bukti pembelian
4. Terima kod penyertaan dan simpan sebagai bukti penyertaan peraduan
5. LIKE Instagram
@PETRONASmotorsports dan Facebook
@PETRONASSprinta
7. Apakah langkah-langkah untuk menyertai cabaran Instagram Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta?
Langkah-langkah penyertaan cabaran Instagram Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta adalah seperti berikut:
1. Ikuti pengumuman cabaran Bangkitkan Derumanmu di Instagram
@PETRONASmotorsports setiap 2 minggu mulai 1 Disember untuk menangi hadiah-hadiah menarik
2. Para Peserta perlu membeli produk-produk PETRONAS Sprinta bernilai sekurang-kurangnya RM30.
3. Ikuti akaun Instagram rasmi
@PETRONASmotorsports.
4. Ambil gambar berdasarkan cabaran yang diberi untuk minggu tersebut dan muat naik ke akaun Instagram mereka, berserta #BangkitkanDerumanmu dalam tempoh Cabaran yang diberi:-
a. Cabaran #1 [1 Dis (12.00AM) – 15 Dis 2020 (11:59PM)]
b. Cabaran #2 [16 Dis (12.00AM) – 30 Dis 2020 (11:59PM)]
c. Cabaran #3 [31 Dis (12.00AM) – 14 Jan 2021 (11:59PM)]
d. Cabaran #4 [15 Jan (12:00AM) – 31 Jan 2021(11:59PM)]
5. Pastikan akaun Instagram anda dan hantaran Peraduan adalah dibuka kepada umum.
6. Pemenang Hadiah Cabaran akan dipilih berdasarkan gambar yang paling kreatif yang diterima dalam Minggu Cabaran tersebut.
8. Bolehkah saya sertai cabaran Instagram Bangkitkan Derumanmu tanpa membeli PETRONAS Sprinta?
Anda disarankan untuk membeli PETRONAS Sprinta kerana antara syarat-syarat cabaran Instagram adalah anda perlu bergaya dengan botol PETRONAS Sprinta secara kreatif di dalam gambar/video yang di muat naik.
9. Saya ingin menyertai cabaran Instagram Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta tetapi bagaimana kalau akaun Instagram saya tidak ditukarkan kepada umum
Maaf, kami hanya dapat memilih foto/ video dari akaun Instagram yang telah ditetapkan kepada tatapan umum sahaja. Sekiranya ditetapkan kepada privasi, kami tidak dapat melihat akaun anda.
10. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dapat menghantar penyertaan saya di laman web peraduan?
Jika anda mengalami sebarang masalah dengan penyertaan peraduan, sila email terus ke
mesralink@petronas.com dan tunggu arahan seterusnya.
11. Bolehkah saya menghantar lebih daripada 1 penyertaan pembelian?
Setiap peserta boleh menghantar penyertaan sebanyak mungkin. Lebih banyak penyertaan, lebih cerah peluang untuk menang hadiah utama, kedua atau ketiga.
12. Jika berpeluang untuk menang, bolehkah saya pilih mana-mana hadiah yang disediakan daripada cabaran Instagram Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta ini?
Semua hadiah-hadiah cabaran sudah ditetapkan seperti yang ditertera dalam Terma & Syarat. Untuk maklumat lanjut boleh dilayari di
www.pengejarimpian.com
13. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami
14. Bagaimankah pemenang akan diumumkan?
Para pemenang akan diumumkan di akaun rasmi Facebook dan Instagram
@PETRONASmotorsports serta Facebook
@PETRONASSprinta. Oleh itu, para peserta digalakkan untuk terus mengikuti akaun rasmi tersebut.
15. Sekiranya saya menang, apa yang perlu saya lakukan untuk menebus hadiah?
Bagi tujuan penebusan hadiah, para pemenang perlu menunjukkan resit asal yang bercetak yang sah dari pembelian minyak pelincir PETRONAS Sprinta serta kod yang telah dijanakan.
16. Adakah hadiah utama termasuk kos cukai jalan, insuran perlindungan dan pendaftaran kenderaan?
Tidak. Bagi Pemenang Hadiah Utama berupa Yamaha YZF-R25 edisi 2018 bersama reka bentuk PETRONAS, pemenang perlu menangggung kos cukai jalan, insurans perlindungan dan pendaftaran kenderaan tersebut. Minyak petrol kenderaan tidak akan disediakan.