SOKONGAN ANDA MENGUATKAN SEMANGAT KAMI.

Terima Kasih.

Nantikan aksi jentera PETRONAS SEPANG RACING TEAM Edisi Khas ini di MotoGP Malaysia 2019.
 
GABUNGAN SEMANGAT
Pengejar Impian
0
%

kuasa semangat telah dijana
TARIKH TUTUP:
00
Hari
00
Jam
00
Min
TARIKH TUTUP:
00
HARI
00
JAM
00
MIN
AYUMU SASAKI
Pasukan: PETRONAS Sprinta Racing Team
Negara: Jepun
Umur: 18 tahun

Ayumu Sasaki pernah meraih gelaran juara keseluruhan RedBull Rookies sebelum beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3 pada tahun 2017 bersama SIC Racing Team yang kini dikenali sebagai PETRONAS Sprinta Racing Team.
KHAIRUL IDHAM PAWI
Pasukan: PETRONAS Sprinta Racing Team
Negara: Malaysia
Umur: 20 tahun

Popular dengan gelaran ‘KIP’, anak kelahiran Perak ini membuat kejutan menjuarai Grand Prix Argentina dan German pada penampilan sulungnya – di mana kedua-dua perlumbaan berlangsung dalam keadaan basah. Sehingga kini, KIP merupakan satu-satunya pelumba Cub Prix yang pernah meraih gelaran juara di peringkat dunia. Pada tahun 2019, KIP beralih ke Kejuaraan Dunia Moto2 bersama PETRONAS Sprinta Racing Team.
FRANCO MORBIDELLI
Pasukan: PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team
Negara: Itali
Umur: 24 tahun

Pelumba Itali ini dinobat juara dunia Moto2 pada tahun 2017 di Grand Prix Malaysia sebelum beralih ke kelas MotoGP pada tahun berikutnya. Pada musim yang sama dia berjaya merebut gelaran ‘Rookie of the Year’. Untuk musim ini, dia beraksi bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
FABIO QUARTARARO
Pasukan: PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team
Negara: Perancis
Umur: 20 tahun

Pelumba Perancis ini membuat penampilan sulung di dalam Kejuaraan Dunia Moto3 ketika berusia 15 tahun. Meraih gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Motosikal Sepanyol pada tahun 2013 dan 2014. Kemudian bersaing di dalam kategori Moto2 pada tahun 2017 dan tahun ini menyertai PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team di dalam kategori premier, MotoGP. Sepanjang 14 perlumbaan musim ini, dia berjaya menaiki podium sebanyak empat kali dan kini bersaing sengit merebut gelaran ‘Rookie of the Year’.
JOHN MCPHEE
Pasukan: PETRONAS Sprinta Racing Team
Negara: Scotland
Umur: 25 tahun

John McPhee bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Sepanyol sebanyak dua musim sebelum mengambil keputusan untuk beralih ke Kejuaraan Dunia Moto3 sepenuh masa pada tahun 2013. Sepanjang tujuh tahun beraksi di kelas Moto3, John McPhee telah berjaya meraih 10 podium termasuk dua kemenangan tahun ini bersama PETRONAS Sprinta Racing Team.